Education is simply the soul of a society as it passes from one generation to another.

Tell me and I will forget. Show me, and I may not remember. Involve me, and I will understand.

Knowing is not enough; we must apply.Willing is not enough; we must do.

Makluman

Mulai 2014, Blog JKE akan berpindah ke web yang baru iaitu

 
 
 
Harap maklum

E-Pendaftaran Projek EE501


Kepada para pelajar JKE semester 5. Anda dikehendaki mendaftarkan projek EE501 dengan mengisi borang yang telah disediakan bagi tujuan perekodan data. Kerjasama anda amatlah dihargai.

Pengenalan Jabatan





Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) telah ditubuhkan selaras dengan pembukaan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Jabatan ini bertanggungjawab melaksanakan program kejuruteraan sejajar dengan visi dan misi Jabatan Pengajian Politeknik (JPP). 

Jabatan ini menawarkan program akademik kepada pelajar di peringkat Diploma. Melalui kurikulum yang telah dirangka oleh JPP, pelajar akan didedahkan kepada latihan kemahiran praktikal disamping mengikuti kursus-kursus kejuruteraan. Dengan struktur program yang telah ditetapkan,  pelajar dapat bersaing bagi memenuhi permintaan pasaran kerja dan industri pada masa kini. Di samping itu, para pelajar turut diberi nilai tambah samada dari segi kemahiran teknikal dan "softskill" di bawah bimbingan pensyarah akademik dan pihak luar. Ini bagi meningkatkan nilai graduan agar dapat bersedia menempuh alam pekerjaan.

Program-program yang ditawarkan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik adalah:
1) Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) - DEP
2) Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) - DJK


Kurikulum

Jabatan Kejuruteraan Elektrik menggunakan kurikulum yang sama seperti semua Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Kurikulum ini disediakan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kurikulum telah digubal mengikut kursus dan jam kredit. 
Kursus terdiri daripada kursus umum, kursus teras dan kursus elektif mengikut bidang Elektronik (Komunikasi) dan Elektronik (Kawalan).


Tempoh Pengajian
3 Tahun (6 Semester)


Hubungi Kami:
Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE)
Tingkat satu (1), Blok 8A,
Politeknik Ibrahim Sultan,
KM 10, Jalan Kong Kong,
81700 pasir Gudang,
Johor.
Tel : 07 261 2814 ( Ketua Jabatan)
07- 2612854 / 2803 ( pejabat )

Program Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (DEE)

Diploma dalam program Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik direka untuk meliputi disiplin yang luas dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik. Ini termasuk menekankan asas elektrik dan elektronik yang merangkumi prinsip-prinsip elektrik dan elektronik, asas komputer dan pengaturcaraan, rekabentuk terbantu komputer, peranti semikonduktor, sistem komunikasi, pemasangan pendawaian, sistem kuasa, mesin elektrik dan pengawal logik aturcara. 


Pengetahuan dan kemahiran kedua-dua bidang akan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih meluas kepada graduan.  Selain daripada pengetahuan teknikal dan kemahiran, program ini juga memberi penekanan kepada pembangunan potensi individu pelajar dengan cara yang bersepadu dan holistik melalui kursus-kursus seperti pengajian Islam, kajian moral, 
ko-kurikulum, kemahiran dan keusahawanan.